Jumaat, 7 November 2014

Jumaat, November 07, 2014
WAJAH SEBENAR PEMBUNUH OSAMA DI DEDAH | Identiti komando Angkatan Laut Amerika Syarikat (AS) yang didakwa menembak mati pemimpin al-Qaeda, Osama Laden akhirnya didedahkan kepada umum.

WAJAH SEBENAR PEMBUNUH OSAMA DI DEDAH

Sebelum ini, rangkaian televisyen AS, Fox News dilaporkan telah mempromosikan wawancara eksklusif bersama Rob  O'Neill, 38, yang akan berkongsi pengalamannya ketika menyertai operasi memburu Osama di kediamannya di Pakistan pada 11 Mei 2011.


Bagaimanapun, Daily Mail Online didakwa telah terlebih dahulu mendedahkan identitinya kira-kira seminggu sebelum temu bual itu disiarkan.

WAJAH SEBENAR PEMBUNUH OSAMA DI DEDAH

Menurut portal berita itu, O'Neill yang berasal dari Butte, Montana bersetuju untuk membuat pendedahan menggemparkan tersebut selepas beliau menamatkan perkhidmatannya selama 16 tahun dalam unit elit tersebut.

Bapa Rob,Tom O’Neill ketika dalam satu wawancara bersama MailOnline berkata,
"People are asking if we are worried that ISIS will come and get us because Rob is going public. I say I’ll paint a big target on my front door and say come and get us."


Difahamkan, O'Neill pernah ditugaskan di  Iraq dan Afghanistan serta dikurniakan pingat sebanyak 52 kali.

WAJAH SEBENAR PEMBUNUH OSAMA DI DEDAH

Pada Mac tahun lalu, Esquire turut menerbitkan wawancara mengenai 'lelaki yang menembak mati Osama', namun identitinya dirahsiakan, dipetik dari The Telegraph.

sumber
http://www.sinarharian.com.my/global/o-neil-tembak-osama-1.331180
http://www.dailymail.co.uk/news/article-2822370/Navy-SEAL-killed-bin-Laden-revealed-Rob-O-Neill-named-Seal-Team-Six-hero-shot-terror-chief-three-times-head-inspired-series-Hollywood-roles.html


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.