Isnin, 17 November 2014

Isnin, November 17, 2014
Wanita Maut Di Cakar Harimau Tak Bergigi | Seorang wanita India disahkan mati akibat dicakar seekor harimau, kes pertama seumpamanya kerana haiwan berkenaan tidak ada gigi untuk menggigit mangsa.

Wanita Maut Di Cakar Harimau Tak Bergigi

Harimau kebiasaanya membunuh hanya dengan menggigit mangsa.

Wanita berusia 34 tahun itu dicakar hingga mati, satu kejadian yang dianggap sangat aneh.

Menurut kajian yang diterbitkan dalam edisi terbaru Jurnal Perundangan Perubatan, harimau itu hanya mencakar mangsa hingga mati mungkin kerana dia rongak atau giginya tak berfungsi.

Dalam kejadian berkenaan awal tahun ini, wanita itu sedang memetik daun herba di hutan Bramhapuri apabila harimau berkenaan menerkamnya.

Harimau itu hanya melepaskan mayat wanita berkenaan selepas penduduk lain melontar batu bagi mengusirnya.

Bedah siasat menunjukkan mangsa mati akibat dicakar dan tidak mempunyai kesan digigit.

Malangnya, harimau itu ditemui mati keesokannya, kira-kira empat kilometer dari tempat kejadian.

Pemeriksaan menunjukkan haiwan itu rongak. Dipercayai haiwan itu kelaparan dan melihat wanita itu sebagai mangsa mudah.- Agensi

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/9372


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.