Selasa, 18 November 2014

Selasa, November 18, 2014
Warga Emas Parah Di Seret Peragut Di PD | "Kami terkejut apabila mendengar jeritan dan mendapati seorang wanita warga emas diseret oleh dua lelaki yang menaiki motosikal," kata peniaga gerai minuman, Mohd Tarmizi Mustafa,43, yang menyaksikan kejadian ragut di PD Waterfront, malam kelmarin.

Warga Emas Parah Di Seret Peragut Di PD

Dalam kejadian jam 10 malam itu, mangsa berusia 62 tahun dan hanya dikenali sebagai Ho, parah akibat diseret peragut terbabit sejauh 10 meter di tempat kejadian, namun wanita itu tetap tidak melepaskan beg tangannya itu.

Menurut Mohd Tarmizi, semua perniaga berdekatan dan pelanggannya melihat kejadian kejam itu, namun gagal mengejar suspek kerana kejadian berlaku pantas.

Katanya, bagaimanapun mereka sempat mencatatkan nombor pendaftaran motosikal yang ditunggang suspek, namun tidak pasti jenis motosikal yang digunakan.

"Selepas gagal mendapatkan beg tangan itu kerana enggan dilepaskan mangsa, kedua suspek meninggalkannya sebelum berpatah balik bagi mendapatkan semula beg tangan itu dan menyepak mangsa yang lemah," katanya.

Sementara itu, suami mangsa yang berusia 70 tahun dan enggan dikenali berkata, ketika kejadian mereka bersama keluarga sedang berjalan menuju ke tempat letak kereta.

Katanya, mereka tidak menyedari isterinya ditarik sehingga isterinya menjerit apabila diseret dengan beg tangannya ditarik oleh seorang pembonceng motosikal yang tunggang dengan laju.

"Kami cuba mengejar mereka tetapi malangnya tidak sempat berbuat apa-apa kerana suspek pergi agak jauh.

"Selepas sampai kami mendapati isteri saya sudah terbaring di tepi jalan dalam keadaan luka di tubuh dan kepala.

"Kami segera membawanya ke Hospital Port Dickson (HPD) untuk rawatan dan membuat laporan polis Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson," katanya ditemui di HPD.

Katanya, dia datang dari Shah Alam, Selangor bersama dua anak, menantu dan seorang cucu untuk menghadiri majlis perkahwinan rakannya itu.

Katanya, beg tangan yang diragut hanya mengandungi lampin pakai buang cucu mereka dan kad pengenalan serta wang tunai RM30 sahaja.

"Isteri saya kini ditahan di wad HPD kerana lemah akibat cedera parah dan memerlukan rawatan lanjut," katanya.

Dibawah satu video contoh peragut (bukan di Malaysia) meragut di persimpangan jalan yang sibuk dan menyeret mangsa diatas jalan (mangsa, wanita berbaju putih dan skirt hitam tu yg sedang melintas jalan)....



sumber
http://www.hmetro.com.my/node/9686


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.