Sabtu, 22 November 2014

Sabtu, November 22, 2014
Yuna Putus Cinta Lagi | Rasanya ini merupakan kali kedua penyanyi kesayangan ramai Yuna gagal di dalam percintaan. Selepas Qi, penyanyi ini turut mengesahkan hubungan cintanya bersama jejaka dari luar negara iaitu Julian Schratter turut kecundang.

Namun, raut muka Yuna turut menyatakan seribu cerita malah lebih positif dengan perkara tersebut.

Yuna Putus Cinta Lagi

Ini kerana baginya, tiada apa yang perlu dikesalkan dengan perpisahan tersebut. Selain daripada pengalaman, Yuna merasakan Julian kurang sesuai buatnya masa kini.

Ditanya apakah faktor yang membuatkan hubungan mereka putus, Yuna tidak memberikan jawapan yang terperinci namun memberikan bayangan faktor kariernya yang memerlukan dia berada di Los Angeles serta di Malaysia selain terlalu sibuk dengan jadual seni yang padat.

Dalam masa yang sama, Yuna turut berharap jika diberikan peluang sekali lagi untuk bercinta dia perlu mencari seseorang yang benar-benar memahami dirinya selain bersedia untuk mengharungi masa susah dan senang bersama.

Status solo membuatkan penyanyi ini semakin rancak untuk bergerak secara lebih jauh malah lebih produktif dengan penghasilan lagu-lagu baru kelak.

Perkembangan terkininya juga turut menarik peminat dari LA dan Malaysia untuk terus meminati beliau dan bakal tampil di dalam program E! News Asia Special.

Selepas itu, Yuna bakal berehat sebentar ke Makkah untuk menunaikan ibadah umrah bersama keluarganya pada 14 Disember depan sebelum pulang ke LA.

sumber
http://era.fm/Zon-Interaktif/Interaktif/Gosip-Mossip-Mak-Jemah/Lihat-Gosip.aspx?arc=6137&sec=78


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.