Selasa, 9 Disember 2014

Selasa, Disember 09, 2014
10 Jam Di Belasah Suka-Suka | Seorang lelaki yang diculik terpaksa menahan azab selama lebih 10 jam apabila dibelasah dan diseksa dengan besi, seterika panas dan kayu di sebuah pangsapuri di Kajang, minggu lalu.

10 Jam Di Belasah Suka-Suka

Dalam kejadian jam 9 malam, 1 Disember lalu, mangsa dikenali sebagai Sani, 31, patah gigi, lebam muka dan badan selain terpaksa menjalani pembedahan tangan kiri akibat kejadian itu.

Bapa kepada empat anak itu mendakwa diculik oleh tiga lelaki ketika sedang minum bersama rakannya di sebuah restoran berdekatan Taman Sungai Ramal, Kajang.

Menurutnya, sebuah kereta jenis Mitsubishi Lancer berhenti berdekatan restoran itu dan tiga lelaki yang keluar dari kereta berkenaan, mengarahkan dia masuk dalam kereta.

"Saya enggan tetapi mereka tetap membelasah saya dan memaksa saya masuk ke dalam kereta," katanya ketika ditemui di kediamannya di Kajang, semalam.

Kedua-dua tangan Sani diikat dengan kabel penjerut, manakala mukanya ditutup dengan kain oleh kumpulan tersebut.

"Selepas kira-kira 20 minit saya ditarik keluar dari kereta tetapi tidak tahu dimana namun yakin ia pengsapuri kerana perlu memanjat tangga"

"Sebaik berada didalam rumah, saya dibelasah dan diseksa oleh kumpulan terbabit. Saya ditumbuk diterajang dan dipukul dengan kayu, besi serta dikenakan sesuatu yang panas"

"Saya tidak nampak, tetapi meneka ia sterika panas. Saya meraung namun tidak diendahkan"

Sani kemudiannya dibebaskan tengah hari esoknya. Beliau sempat bertanya kepada pembelasahnya kenapa dia dibelasah, jawapannya "suka-suka".

Mangsa dihantar kumpulan terbabit menggunakan teksi kira-kira 9 malam. Sani turut disamun oleh kumpulan penculiknya, telefon dan dompet diambil kumpulan tersebut.

Pihak polis sedang melakukan siasatan lanjut.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/14775#sthash.1rb1VvSx.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.