Selasa, 2 Disember 2014

Selasa, Disember 02, 2014
13 Kenderaan Berlanggar Sesama Sendiri Di Seremban-Kuala Pilah | Satu kemalangan membabitkan 13 buah kenderaan berlaku pagi tadi di Kilometer 23 Jalan Seremban-Kuala Pilah dan hampir-hampir mengorbankan 3 sekeluarga yang mengalami cedera ringan.

13 Kenderaan Berlanggar Sesama Sendiri Di Seremban-Kuala Pilah

Kemalangan yang berlaku pada 11 pagi itu membabitkan dua lori tangki, lapan kereta dan masing-masing sebuah treler, bas ekspres dan lori satu tan.

Menurut seorang Jurucakap polis, kemalangan dipercayai berpunca apabila sebuah lori tangki muatan minyak sawit yang mengalami kerosakan pada bahagian brek merempuh kereta Perodua Myvi sebelum hilang kawalan dan memasuki laluan kanan.

13 Kenderaan Berlanggar Sesama Sendiri Di Seremban-Kuala Pilah

Katanya, lori berkenaan kemudiannya melanggar lori satu tan membawa muatan minyak hitam menyebabkan berlaku tumpahan di sisi jalan.

Difahamkan lori berkenaan terus bergerak dan merempuh sebuah treler kosong yang berhenti kerana pembinaan jalan.

13 Kenderaan Berlanggar Sesama Sendiri Di Seremban-Kuala Pilah

Rempuhan kuat itu menyebabkan treler berkenaan menggelongsor ke depan dan melanggar pula sebuah lori tangki muatan minyak sawit di hadapan," katanya.

Sementara itu, kenderaan lain yang terbabit kemalangan itu pula melanggar bahagian belakang antara satu sama lain.

13 Kenderaan Berlanggar Sesama Sendiri Di Seremban-Kuala Pilah

Sementara itu, Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah Penolong Kanan Penguasa Bomba Jaafar Yusof berkata, pihak menerima panggilan jam 11.09 pagi dan sebuah jentera bersama tujuh anggota dan pegawai bomba dikejarkan ke lokasi bagi memberi bantuan.


Kemalangan ini turut menyebabkan kesesakan 15 Km di kedua-dua arah dan orang ramai dinasihatkan elak menggunakan laluan ini.









sumber
http://www.hmetro.com.my/node/13494
Daily Traffic Report FB


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.