Selasa, 30 Disember 2014

Selasa, Disember 30, 2014
2 Beranak Maut Tertimbus Di Cameron Highland | Seorang ibu mengandung dan anaknya berusia setahun maut tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Tringkap, di Cameron Highland awal pagi tadi.

2 Beranak Maut Tertimbus Di Cameron Highland

Menurut laporan akhbar, dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu, suami mangsa yang turut tertimbus bagaimanapun terselamat dan berjaya dikeluarkan beberapa jam selepas kejadian berlaku.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat berkata, lelaki terbabit berjaya dikeluarkan oleh pasukan penyelamat pada jam 7.13 pagi.

"Mayat kanak-kanak berusia setahun yang tertimbus dikeluarkan pada 8.03 pagi tadi dan mayat ibunya pula dikeluarkan beberapa minit kemudian," katanya ketika dihubungi pagi ini.

Identiti semua mangsa belum dapat dikenal pasti buat masa ini.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/20109


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.