Rabu, 24 Disember 2014

Rabu, Disember 24, 2014
2 Hilang, Bot Penyelamat Terbalik Di Kemaman | Sebuah bot penyelamat mangsa banjir milik Jabatan Bomba Dan Penyelamat telah terbalik menyebabkan dua orang telah hilang dihanyutkan banjir.

2 Hilang, Bot Penyelamat Terbalik Di Kemaman

Kejadian tersebut berlaku di Kampung Dato Hj Ibrahim dimana semasa kejadian bot tersebut telah membawa 7 orang termasuk dua orang pegawai penyelamat dan 5 orang  mangsa banjir.

Apabila sampai di satu kawasan air berpusar bot tersebut telah hilang kawalan dan terbalik menyebabkan dua orang mangsa banjir iaitu seorang lelaki dan seorang wanita telah hilang dihanyutkan arus deras dengan berjaket keselamatan.

Kedua-dua mereka dilaporkan memakai jaket keseamatan dan opersi mencari telah dijalankan oleh Bomba Penyelamat Chukai.

2 Hilang, Bot Penyelamat Terbalik Di Kemaman

Pegawai Pgo bertugas, PpGB Mohd Hasbullah Bin Halipah telah mengesahkan kejadian ini dan opersi mencari telah dijalankan oleh Bomba Penyelamat Chukai.


Kepada sesiapa yang mempunyai maklumat atau pun ingin melaoporkan tentang kejadian banjir di Terengganu bolah mengubungi 09-6315402 atau 09-6224444 untuk tindakan lanjut.

sumber
http://www.siakapkeli.com.my/2014/12/bot-penyelamat-mnagsa-banjir-terbalik.html


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.