Khamis, 25 Disember 2014

Khamis, Disember 25, 2014
20 & 5 Bayi Terperangkap Dalam Banjir Di Kuala Krai | Seramai 20 penduduk termasuk lima bayi terperangkap dalam kediaman mereka sejak pagi tadi, selepas dilanda banjir dalam kejadian Kampung Benor, Kuala Krai.

20 & 5 Bayi Terperangkap Dalam Banjir Di Kuala Krai

Mohd Hafiz Mohd Razali, 24, berkata dia bersama ahli keluarga dan jiran dalam keadaan bahaya kerana paras air sehingga kini pada paras pinggang dan semua bayi berkenaan dalam keadaan kesejukan.

"Kawasan rumah saya agak tinggi, namun air naik secara mendadak menyebabkan kami gagal menyelamatkan diri. Saya sudah berkali-kali menghubungi pasukan penyelamat namun sehingga kini tiada sebarang bantuan tiba.

"Nyawa kami dalam bahaya dan sekiranya paras air terus naik, kami semua akan mati lemas. Saya minta pasukan keselamatan datang menyelamatkan kami," katanya.

sumber
http://www.bharian.com.my/node/25161


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.