Rabu, 31 Disember 2014

Rabu, Disember 31, 2014
21 Sah Terkorban, 10 Lagi Masih HILANG! | 21 orang disahkan maut menjadi mangsa banjir manakala 10 lagi masih hilang.

21 Sah Terkorban, 10 Lagi Masih HILANG!

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, Kelantan mencatatkan angka tertinggi dengan 14 kematian sementara empat lagi masih hilang.

"Terengganu mencatatkan empat kematian sementara lima lagi belum ditemui manakala di Pahang tiga terkorban dan satu hilang," katanya dalam sidang media di Bukit Aman, hari ini.

Dalam perkembangan terbaru, Khalid berkata, seorang warga emas berusia 59 tahun disahkan meninggal dunia akibat sakit jantung selepas enggan berpindah dari kediamannya di Bota Kanan, Perak.

21 Sah Terkorban, 10 Lagi Masih HILANG!

Menurutnya, terdahulu lelaki itu sudah dinasihatkan pihak berkuasa untuk berpindah dari kediamannya yang sudah dinaiki air namun mangsa engggan keluar sebelum dia ditemui mati.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/20158


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.