Rabu, 24 Disember 2014

Rabu, Disember 24, 2014
4 Anggota Bomba Cedera, Kenderaan Jatuh Gaung | Empat anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat dari Balai Al-Muktafi Billah Shah cedera selepas kenderaan pacuan empat roda mereka terhumban ke dalam gaung akibat tanah runtuh awal pagi tadi.

4 Anggota Bomba Cedera, Kenderaan Jatuh Gaung

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelmat Malaysia, Datuk Mohd Nor Ibrahim berkata, insiden berlaku kira-kira pukul 1 pagi di Jalan Kampung Syukur Pasir Raja di sini mengakibatkan mangsa bersama jentera 'RRV' serta sebuah bot terhumban ke dalam gaung sedalam 15 meter.

Beliau berkata, mereka dalam perjalanan untuk memindah mangsa banjir di kawasan berkenaan.

"Kesemua mereka yang cedera berjaya dikeluarkan dengan pertolongan orang awam yang menyedari kejadian itu," katanya.

4 Anggota Bomba Cedera, Kenderaan Jatuh Gaung

Anggota Mohd Fadzil Mohd Jamal, Mohd Faisal Mohd Fauzi dan Aziz Mohammad kini dilapor stabil dan dirawat di Hospital Dungun manakala Maharazin Mat Saud yang parah dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk rawatan lanjut. - Bernama

sumber
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.