Rabu, 24 Disember 2014

Rabu, Disember 24, 2014
3 Maut 1 Parah Tong Gas Meletup di  Taman Mesra Ria : Tiga maut manakala tiga lagi parah selepas rumah digegarkan dengan bahan letupan dipercayai sejenis bom tangan yang turut menyebabkan 10 rumah rosak teruk manakala 34 lagi mengalami kerosakan kecil, dalam kejadian di Taman Mesra Ria 2, di Gurun, pada 4.30 petang tadi.

3 Maut 1 Parah Tong Gas Meletup di  Taman Mesra Ria

Mangsa, seorang anggota tentera, Ayub Hashim, 37, maut selepas tercampak sejauh kira-kira 17 meter daripada tempat kejadian dipercayai rumahnya.

Turut maut anaknya, Nur Idayu Shahira, 8, manakala isterinya, Sharifah Haslinda Hashim 37, dan anak mereka, Mohd Idham Shahmi, 5, parah dan dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH).

Turut maut anak jiran mangsa, Mohd Akif Lokman Mohd Shahrizal, 5, manakala ibunya, Zuraidah Mat Rotbi, 30, parah akibat letupan berkenaan.

3 Maut 1 Parah Tong Gas Meletup di  Taman Mesra Ria

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Nashir Ya, pada sidang media mengesahkan kejadian itu dan anggota tentera itu dipercayai menyimpan sejenis bom tangan di rumahnya.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mati mengejut," katanya.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/18828#sthash.AQn06qdo.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.