Rabu, 17 Disember 2014

Rabu, Disember 17, 2014
3 Penjenayah Warga Asing MATI Di Tembak | Tiga penjenayah mati ditembak polis dalam kejadian berbalas tembak di Jalan Segenting, Pulau Carey, Kuala Langat, pagi tadi.

3 Penjenayah Warga Asing MATI Di Tembak

Dalam kejadian 4.30 pagi itu suspek berusia 25 hingga 35 tahun itu yang juga warga asing mati di lokasi kejadian.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, dua lagi suspek bagaimanapun meloloskan diri di kawasan semak berhampiran.

Beliau berkata, berdasarkan siasatan awal kumpulan berkenaan baru menyamun rumah di daerah ini beberapa jam sebelum itu.

"Suspek dipercayai terbabit dalam jenayah samun dan pecah rumah sekitar Pandan Indah, Taman Melawati dan Bukit Jelutong sejak tahun lalu.

"Polis turut merampas sepucuk pistol, parang dan peralatan pecah rumah daripada suspek," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/16876#sthash.nsr8XdBl.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.