Selasa, 9 Disember 2014

Selasa, Disember 09, 2014
4 Gambar: Lelaki Nyaris Maut Masuk Kandang Singa | Seorang lelaki berpakaian celoreng dibaham tiga ekor singa selepas dia memasuki kandang haiwan berkenaan di zoo di bandar raya ini, semalam.

4 Gambar: Lelaki Nyaris Maut Masuk Kandang Singa

Lelaki berusia 45 tahun itu diheret ke terowong dalam kandang itu oleh ketiga-tiga haiwan berkenaan dalam kejadian yang mencemaskan itu.

Mangsa yang cedera parah berjaya diselamatkan oleh kakitangan zoo, bomba dan polis yang memancutkan air dan pemadam kebakaran bagi memaksa singa itu berundur.


Lelaki itu dihantar ke Hospital de la Vall d’Hebron kerana mengalami luka yang serius.

Menurut beberapa saksi, lelaki itu memanjat pagar yang mengelilingi kandang itu sebelum memasukinya. .


Terdapat laporan lain menyatakan, lelaki terbabit pernah ditahan polis kerana terlibat dengan demonstrasi dengan bergayut di La Pedrera, mercu tanda Barcelona, kerana membantah kegiatan pengguguran kandungan.

September lalu, dia ditangkap kerana membakar bendera di monumen Rafael Casanova.


Sementara itu, pihak zoo sedang melakukan siasatan untuk mengetahui tujuan mangsa masuk ke kandang singa itu. - Agensi

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/14784
http://www.dailymail.co.uk/news/article-2864437/Man-rescued-lions-maul-Barcelona-Zoo.html


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.