Ahad, 28 Disember 2014

Ahad, Disember 28, 2014
5 Gambar: LPT Banjir, Laluan Di TUTUP Kepada Semua Lalulintas | Kenaikan mendadak air di Sungai Pahang dan banjir yang semakin buruk di daerah Temerloh menyebabkan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) di KM126.3 ditutup kepada semua kenderaan.

5 Gambar: LPT Banjir, Laluan Di TUTUP Kepada Semua Lalulintas

Langkah itu Konsesi Anih Berhad sebagai langkah berjaga-jaga dan usaha memastikan pengguna lebuhraya selamat.

Ketua Bahagian Komunikasi Anih Berhad, Fazlyaton Hussein bagaimanapun berkata, sehingga jam 4.30 petang, KM126.3 di kedua-dua hala ditutup sepenuhnya kepada semua jenis kenderaan atas nasihat polis.
TINDAKAN MANDATORY EXIT TELAH DIAMBIL. PENGGUNA PERLU MENANGGUHKAN PERJALANAN DAN BERPATAH BALIK KE KUALA LUMPUR & KUANTAN.- Lembaga Lebuhraya Malaysia.
Menurutnya, trafik dari hala Kuala Lumpur dilencongkan di Karak bagi mengelakkan kesesakan di Tol Plaza Lanchang.

5 Gambar: LPT Di TUTUP Kepada Semua Lalulintas

“Keadaan ini boleh berubah secara drastik kerana keadaan cuaca yang tidak menentu,” katanya.

Difahamkan air mula naik di lebuhraya itu kira- kira dua meter dan melintasi jalan sejak jam 8 pagi tadi.

5 Gambar: LPT Di TUTUP Kepada Semua Lalulintas

Anggota keselamatan kini sedang berjaga-jaga bagi memastikan pergerakan kenderaan lancar sepanjang perjalanan walaupun dalam keadaan banjir.

Ada beberapa kenderaan dilihat menggunakan lori pengangkut untuk mengangkut kenderaan yang terperangkap melintasi jalan di kawasan itu.

5 Gambar: LPT Di TUTUP Kepada Semua Lalulintas
5 Gambar: LPT Banjir, Laluan Di TUTUP Kepada Semua Lalulintas

sumber
http://www.sinarharian.com.my/edisi/pahang/air-mendadak-naik-lpt-ditutup-1.345305


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.