Rabu, 24 Disember 2014

Rabu, Disember 24, 2014
6 Geng Buli Juvana Tukar Pengakuan Tak Bersalah | Keenam-enam tertuduh kes buli membabitkan seorang murid di sebuah asrama anak yatim di Kangar yang tersebar menerusi rakaman video di media sosial baru-baru ini menukar pengakuan bersalah kepada tidak bersalah di Mahkamah Majistret, Kangar.

6 Geng Buli Juvana Tukar Pengakuan Tak Bersalah

Kesemua mereka yang diwakili Peguambela, Pijaya Singh, menukar pengakuan berkenaan dihadapan Majistret Nik Mohd Tarmizie Nik Mohd Shukri .

Mahkamah kemudian menetapkan 21 Januari 2015 sebagai tarikh bagi pengurusan kes dan serahan dokumen.


Sebelum ini pada 6 November 2014, kesemua mereka mengaku bersalah di atas pertuduhan bersama-sama mendatangkan kecederaan kepada mangsa berusia 11 tahun di Asrama Anak-Anak Yatim Kompleks Penyayang Dr Siti Hasmah, Jejawi.


Berdasarkan pertuduhan juga, kesemua mereka bersama-sama menggunakan kekerasan dan didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Pihak pendakwaan diwakili Ketua Unit Pendakwaan negeri, Timbalan Pendakwaraya Badius Zaman Ahmad.

Video Buli Junior Di Asrama

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/18780#sthash.MnO6jBTI.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.