Khamis, 4 Disember 2014

Khamis, Disember 04, 2014
8 MPV Polis Kejar Penjenayah | Orang ramai yang berada di sekitar lampu isyarat Simpang Pulai dekat Ipoh, tergamam bila menyaksikan adegan kejar-mengejar membabitkan lapan kenderaan peronda polis (MPV) dengan sebuah kereta yang disyaki dipandu dua penjenayah yang paling dikehendaki tengah hari tadi.

8 MPV Polis Kejar Penjenayah

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, suspek yang menaiki kereta jenis Toyota Camry bertindak melanggar kenderaan polis lalu memecut laju menyebabkan anggota polis bertugas terpaksa melepaskan beberapa das tembakan amaran.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, polis terpaksa melepaskan tiga das tembakan amaran terhadap dua lelaki berusia lingkungan 20-an itu selepas mereka bertindak melanggar kereta polis ketika berhenti di lampu isyarat berkenaan.

Katanya, siasatan mendapati kedua-dua suspek terbabit dalam tujuh kes samun termasuk dua kes menyamar sebagai anggota polis di sekitar Menglembu sejak jam 6.55 pagi tadi.

"Sebanyak lapan MPV mengejar kenderaan yang dinaiki suspek. Ketika berhenti di lampu isyarat di Simpang Pulai, kenderaan suspek melanggar kenderaan polis selain turut melanggar dua kenderaan awam," katanya.

Kereta penjenayah tersebut akhirnya terbabas di gelanggang sukan serbaguna Kampung Kurnia, Sungai Raya, Ipoh.

sumber
http://www.bharian.com.my/node/21567?sdasd


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.