Isnin, 1 Disember 2014

Isnin, Disember 01, 2014
Abby Abadi Tentang Kenyataan Dr Mashitah | Baru-baru ini di Perhimpunan UMNO, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim dengan lantang menyuarakan beberapa isu terutamanya mengenai fenomena ‘ustaz dan ustazah ekspres’. Meneruskan ucapannya, beliau meminta kerajaan memantau kewujudan golongan ‘ustaz’ dan ‘ustazah ekspres’ terutama di dalam PAS.

Abby Abadi Tentang Kenyataan Dr Mashitah

Ustazah Dr. Mashitah juga menyentuh mengenai pendakwah yang banyak membuat lawak, katanya jika ingin melihat ceramah lawak baik tonton program lawak macam MLM 2014.

Ucapan Dr. Mashitah mendapat sambutan dan sokongan dari wakil-wakil wanita yang hadir di perhimpunan itu, bagaimanapun ia mendapat kritikan hebat di media sosial. Sudah tentu beberapa selebriti yang dikaitkan dengan fenomena ini memberikan reaksi mereka.

Antaranya ialah Abby Abadi. Melalui HarakahDaily, selebriti itu menyuarakan ketidakpuasan hatinya tentang perbahasan Dr. Mashitah.
Kesal bila beliau lebih risaukan dengan wujudnya mereka yang berhijrah mengikut ajaran Islam sedangkan hiburan di televisyen yang semakin melalaikan beliau tidak ambil peduli.

Jika beliau berpendidikan agama sepatutnya berbangga dengan penghijrahan golongan-golongan artis yang semakin ramai mendekati agama.

Saya selalu mengikuti majlis-majlis ilmu yang disampaikan sama ada dalam bentuk hiburan, lawak atau sebagainya, bagi saya itu bukan satu kesalahan.

Malah saya melihat lebih ramai mereka yang hadir mengikuti majlis-majlis ilmu kerana bagi mereka penyampaian tersebut memberi kesan kepada pemahaman tentang apa yang mereka ingin ketahui.

Kalau kita tidak mampu untuk mengajak orang lain kepada Islam kerana menjaga jawatan, kita tidak perlu menghentikan usaha orang lain.

Pada pendapat kami apa yang dikatakan oleh Dr. Mashitah ada betulnya, namun mungkin cara dia mengutarakannya menyebabkan banyak jiwa yang tersentap.

Mungkin selepas ini selebriti yang digelar ‘ustaz dan ustazah ekspres’ ini perlu meningkatkan kefahaman dan ilmu berkenaan agama Islam terlebih dahulu sebelum berceramah mengenai agama kepada orang ramai bagi mengelakkan mereka menerima kritikan.



sumber
http://beautifulnara.com/abby-abadi-kesal-kenyataan-dr-mashitah-mengenai-ustaz-dan-ustazah-ekspres/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.