Rabu, 10 Disember 2014

Rabu, Disember 10, 2014
Adik Hampir Rebah, Pitam Dengar Berita Kematian Abang  | "Gelap...saya rasa gelap, macam nak pitam," kata adik kepada Ahmad Affendi Abdul Manaf, 27, sebaik dimaklumkan mengenai kisah abangnya yang menjadi pengebom berani mati di Syria yang tersiar dalam akhbar semalam.

Adik Hampir Rebah, Pitam Dengar Berita Kematian Abang

Sebaik dimaklumkan wartawan, lelaki berusia lingkungan 20-an yang enggan dikenali itu hampir rebah kerana terkejut apabila dimaklumkan akhbar menyiarkan gambar abangnya yang meninggal dunia awal bulan lalu.

Bagaimanapun, dia kembali tenang selepas dipujuk wartawan.

"Saya terkejut apabila anda memberitahu gambar abang tersiar dalam akhbar, walaupun kami sekeluarga sudah mengetahui apa yang berlaku kepadanya sejak bulan lalu," katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.


Akhbar semalam melaporkan seorang lagi rakyat Malaysia terbunuh di Syria selepas dipercayai menjadi pengebom berani mati dengan merempuh kem tentera sehingga membunuh 50 yang lain kebanyakannya tentera kerajaan.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/15026


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.