Jumaat, 12 Disember 2014

Jumaat, Disember 12, 2014
Adik Pemain Bola Sepak DiTuduh C@bul Kekasih? | Seorang adik kepada pemain bola sepak pasukan berstatus kelab negeri dihadapkan ke mahkamah majistret, di Kota Baharu, semalam, atas tuduhan menca-bul kekasih bawah umur.

Adik Pemain Bola Sepak DiTuduh Cabul Kekasih?

Dia didakwa menca-bul kanak-kanak berusia 14 tahun itu di sebuah rumah di Jalan Pasir Hor, Kampung Pasir Hor, di sini, pada 1 pagi, 5 Disember lalu.

Pada prosiding tersebut, Ahmed Ezainie Shafizie Sazali, 23, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Sabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat, atau mana-mana dua seksaan itu.

Susulan penafian tertuduh, Timbalan Pendakwa Raya negeri, Noor Dayana Mohamad memohon tarikh sebutan untuk pengurusan kes.


Mahkamah menetapkan kes untuk didengar semula pada 14 Januari tahun depan.

Sementara itu, tertuduh dibenarkan diikat jamin RM4,500 dengan seorang penjamin dengan syarat tertuduh tidak boleh mengganggu mangsa.

Tertuduh hadir ke mahkamah dengan memakai jersi pasukan JDT. Dia kemudian bebas selepas menjelaskan jaminan itu.

Abang tertuduh beraksi untuk pasukan berkenaan dalam Liga Perdana musim ini.

sumber
http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/adik-pemain-bola-sepak-didakwa-cabul-kekasih-1.341077



0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.