Rabu, 10 Disember 2014

Rabu, Disember 10, 2014
Ahmad Affendy Manaff Pemgebom Berani Mati Malaysia Ke Dua! | Ahmad Affendy Manaff pengembom berani mati yang maut di Syria adalah seorang pendiam dan sering menghabiskan masanya dengan aktiviti keagamaan, menurut keluarganya.

Ahmad Affendy Manaff Pemgebom Berani Mati Malaysia Ke Dua!

Menurut bapa saudaranya Jaafar Chik, 67, anak saudaranya itu jarang berbual dengan orang ramai dan sebelum ini mengikuti kumpulan tabligh sehingga ke Thailand.

"Saya sendiri jarang berbual dengannya kerana dia pendiam sangat dan apa yang saya tahu sebelum ini mengikuti kumpulan tabligh sehingga ke Siam (Thailand).

Keluarga kami pun terkejut apabila melihat di surat khabar hari ini yang dia merupakan individu yang dilaporkan (maut) dalam kejadian itu (pengebom berani mati)," katanya kepada pemberita di rumahnya di Kampung Berangan, Tumpat.

Tambah Jaafar, seluruh anggota keluarga tidak mengetahui Ahmad Affendy telah ke luar negara dan terbabit dalam kegiatan kumpulan militan Negara Islam (IS).

"Kami ingat lama tak bertemu mungkin pergi berdakwah ke mana-mana. Saya sendiri pun tidak tahu apa itu IS dan kematiannya jika benar adalah sesuatu yang menyedihkan," katanya.


Beliau berkata, sehingga kini tiada mana-mana pihak atau pihak berkuasa datang ke rumah adiknya untuk memaklumkan mengenai kejadian yang menimpa anak saudaranya itu.

"Saya berharap keluarganya banyak bersabar," katanya yang tinggal berjiran dengan keluarga Ahmad Affendy.

Jaafar berkata keluarga mereka sebelum ini hanya mengetahui desas desus kematian Ahmad Affendy melalui laman sosial Facebook, dan berita itu kemudiannya disiarkan di akhbar tempatan hari ini.

Beliau berkata anak saudaranya itu pernah mengikuti pengajian pondok di Pasir Tumboh selepas tamat persekolahan dan kali terakhir bertemunya adalah pada awal tahun ini.

Wartawan bagaimanapun gagal menemui ibu bapa Ahmad Affendy yang dikatakan peniaga pakaian di sebuah pasar di sini.-Bernama

sumber
http://www.sinarharian.com.my/semasa/ahmad-affendy-seorang-pendiam-kata-bapa-saudara-1.340471


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.