Rabu, 24 Disember 2014

Rabu, Disember 24, 2014
1
Air Cecah Tingkat 3 Sekolah, 500 Mangsa Banjir Manik Urai Dalam Bahaya | Seramai 500 mangsa banjir yang kini ditempatkan di pusat pemindahan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Manek Urai berada dalam bahaya apabila air sudah mencecah sehingga ke tingkat tiga bangunan sekolah.


Lokasi berkenaan yang dibuka untuk dijadikan pusat pemindahan awal pagi semalam, kini dilanda banjir teruk dan kesemua mangsa berada di tingkat empat bangunan sekolah itu.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Kelantan, ketika dihubungi berkata pasukan keselamatan buntu dan sehingga petang tadi kesemua mangsa tidak mampu dipindahkan kerana tiada lokasi selamat.


"Kami tidak tahu di mana mahu menempatkan kesemua 500 mangsa itu. Kita juga tidak menyangka pusat pemindahan berkenaan turut ditenggelami air.

"Kami hanya mampu menghantar anggota bomba untuk mententeramkan keadaan mangsa di sana supaya tidak panik," katanya.

Selain itu, media sosial juga memaparkan beberapa penduduk di Manik Urai yang terpaksa memanjat bukit bagi mengelakkan dari dilanda banjir..


sumber
http://www.bharian.com.my/node/25128


1 comments:

  1. Harap2 pihak terbabit cepatkan operasi membantu mereka

    BalasPadam

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.