Rabu, 3 Disember 2014

Rabu, Disember 03, 2014
Akim Kesal Di Tuduh Lalok Atas Pentas Muzik-Muzik 29 | Akim Ahmad baru-baru ini dituduh beraksi dalam keadaan ‘lalok’ ketika dia menyampaikan lagu "Mewangi" dalam pertandingan separuh akhir ketiga Muzik Muzik (MM) 29, malam Jumaat lalu.

Akim Kesal Di Tuduh Lalok Atas Pentas Muzik-Muzik 29

"Sudah-sudahlah memfitnah saya. Janganlah mudah menghukum disebabkan karakter, gaya atau cara saya buat persembahan malam itu yang disalah ertikan. Tak bolehlah menilai saya hanya berdasarkan satu persembahan saja."kata Akim sambil menjawab pertuduhan lalok tersebut.

Tambah Akim, fitnah itu sesuatu yang menyedihkan untuk diterima kerana dia sudah berulang-kali dikaitkan kononnya terbabit dengan penggunaan dadah.

"Saya sedar fitnah ada macam-macam jenis dalam dunia sekarang. Malah makin menjadi-jadi akhir-akhir ini. Tapi terfikirkah mereka saya ada emak dan ayah yang tinggal bersama. Bagaimanalah penerimaan mereka apabila saya dikaitkan dengan benda macam ini?

"Saya terkilanlah orang cakap disebabkan saya ‘lalok’ persembahan dalam MM29 jadi teruk dan gagal layak ke Anugerah Juara Lagu (AJL) nanti. Saya dan kumpulan The Magistrate bertanding malam itu jadi takkanlah saya nak buat macam itu pula?

"Kenapalah ada yang mudah membuat tafsiran sendiri dan menyebarkan perkara yang belum tentu sahih,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Ura-ura mendakwa kononnya Akim yang juga pemenang tempat ketiga Akademi Fantasia musim ketujuh gagal beraksi dengan baik pada separuh akhir ketiga MM29 itu disebabkan dia separa sedar akibat pengaruh dadah.

Menurut sumber dalam kalangan produksi program terbabit, perkara itu mengakibatkan gerak-geri dan nyanyian Akim di pentas kelihatan tidak teratur dan berserabut.

Sebelum ini, pernah timbul spekulasi kononnya perubahan mendadak fizikalnya yang semakin susut turut dipengaruhi kecenderungannya terhadap bahan terlarang itu.

Bagaimanapun, Akim menyangkal dakwaan itu sekeras-kerasnya. Kata Akim lagi, persembahannya yang mengecewakan pada malam itu bukan disebabkan pengaruh dadah tetapi perasaan gemuruh kerana bertanding dalam program yang besar.

"Kalau saya ‘lalok’ takkanlah saya boleh buat persembahan di pentas. Mungkin ada pihak salah anggap melihat cara nyanyian saya yang kurang memuaskan itu disebabkan ‘lalok’ sedangkan saya terlalu gemuruh dan tertekan sebenarnya.

"Saya takkan rasa gemuruh kalau saya ‘lalok’ dan separa sedar bukan? Tapi malam itu saya sangat gemuruh dan sedar kelemahan itu. Padahal kalau saya menyanyikan lagu itu pada persembahan pentas lain, okey saja.

"Mungkin pihak yang tersalah anggap itu perlu mengikuti persembahan saya yang lain dan bandingkan sendiri. Kalau saya jenis yang ‘lalok’ memang susahlah saya nak buat persembahan di merata tempat dan masa,” katanya.

#Kita harap Akim berkata benar kepada media dan peminat....kita ambil positif apa yang dikatakan beliau...Tapi...jangan satu hari nanti tetiba je terkantoi sudah...kompom kena tibai dengan media. Ikuti persembahan Akim semasa MM29 di bawah....


sumber
http://www.hmetro.com.my/node/13433


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.