Isnin, 15 Disember 2014

Isnin, Disember 15, 2014
(AL-FATIHAH) Seniman Mustapha Maarof Meninggal Dunia | Al-Fatihah kita sedekahkan kepada allahyarham Mustapha Maarof yang telah meninggal dunia di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju kira-kira pukul 8.30 pagi, hari ini.

AL-FATIHAH Mustapha Maarof Meninggal Dunia

Jenazah alahyarham Mustapha akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Ampang berdekatan pusara isterinya, seniwati Roseyatimah.

Allahyarham yang berusia 79 tahun sebelum ini telah dimasukkan ke Institut Perubatan Respiratori, Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 25 November lalu selepas mengalami kesukaran bernafas akibat komplikasi masalah paru-paru dan kemudiannya dipindahkan ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan pada 2 Disember lalu bagi mendapatkan rawatan susulan.

Sama-samalah kita doakan agar Allahyarham ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Sesungguhnya pemergian beliau adalah satu kehilangan besar untuk industri seni kita. Al-Fatihah.



sumber
http://beautifulnara.com/al-fatihah-seniman-mustapha-maarof-meninggal-dunia/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.