Khamis, 4 Disember 2014

Khamis, Disember 04, 2014
Amaran Fasha Sandha | "Saya berharap penyamar itu dapat menghentikan penyamarannya. Sekiranya ingin menjadi peminat yang mengendalikan laman artis, tulislah identiti bahawa dia adalah peminat. Tak perlu menyamar sebagai saya."

Amaran Fasha Sandha

Demikian amaran diberikan Fasha Sandha, terhadap individu yang menyamar sebagai dirinya dengan mewujudkan akaun sosial Facebook palsu sehingga memperdaya 40 ribu pengikut yang menyangka ia akaun sebenar dirinya.

Fasha mendedahkan perkara itu menerusi Instagram peribadinya malam kelmarin berkata, pengumuman itu perlu dilakukan bagi mengekang penipuan individu itu daripada berlanjutan.

"Saya tahu ramai orang suka menyamar menjadi selebriti. Malah ada beberapa akaun palsu yang menggunakan nama saya juga.

"Masalahnya untuk akaun ini lebih 40 ribu pengikut. Saya tak mahu peminat lain tertipu kerana penyamar ini menggunakan identiti saya dan bukan sebagai peminat. Ia perbuatan salah,” katanya.

Fasha berkongsi mengenai kewujudan akaun palsu Facebook yang dikendalikan si penyamar sebagai dirinya menerusi Instagram malam kelmarin agar peminatnya menyedari perkara itu.

Ekoran pendedahan itu, peminat Fasha memberikan pelbagai reaksi dan pandangan sebagai tanda sokongan terhadap kes penipuan itu.

Fasha berkata, pendedahan itu mengesahkan kepada umum bahawa dia tidak mempunyai akaun Facebook seperti yang disangkakan.

"Kepada peminat, setakat ini saya belum mempunyai fanpage di Facebook dan saya hanya berhubung dengan peminat melalui Instagram @fashasandha dan Twitter @fashasandha1.

"Saya akan memaklumkan kepada semua apabila saya mempunyai laman (Facebook) saya sendiri. Saya harap penyamar itu dapat menghormati hak saya sebagai empunya badan,” katanya.

#Tinjauan kami mendapati hanya fanpage peminat Fasha Sandha sahaja yang ada 40K++ follower...namun disitu telah dinyatakan unofficialpage khas untuk peminat Fasha Sandha....bermakna ianya jelas bukan dari akaun sebenar Fasha Sandha dan sepatutnya tidak timbul isu memperdaya peminat...-my 10 sen....

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/13631#sthash.dcMujAmh.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.