Isnin, 22 Disember 2014

Isnin, Disember 22, 2014
Amuk Kerana Rindu Kembar | "Dia berubah sejak kembarnya meninggal dunia dua bulan lalu. Hubungan mereka terlalu kuat sehingga menyebabkan dia tertekan," kata ibu kepada seorang remaja berusia 17 tahun yang ditahan selepas mengamuk dengan merosakkan barangan berharga, di Jalan Mulia, Tudan, Miri, semalam.

Amuk Kerana Rindu Kembar

Wanita berusia 40 tahun yang enggan mendedahkan namanya berkata, selepas kehilangan pasangan kembar, anak lelakinya mula bertindak luar dugaan termasuk berbogel.

"Sejak itulah, dia berubah dan kelihatan murung. Anak saya tidak dapat menerima hakikat abangnya meninggal dunia, malah dia turut menyalahkan kami akibat kematian itu.

"Pada mulanya, dia kemurungan, namun tiba-tiba berubah menjadi agresif termasuk berbogel sejak dua minggu lalu," katanya menjelaskan anaknya meninggal dunia kerana masalah kesihatan.

Menurutnya, keadaan bertambah buruk kerana setiap kali mengamuk, anaknya itu akan mengambil apa saja barangan dalam rumah dan merosakkannya.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/18091#sthash.EFh6PjGz.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.