Rabu, 3 Disember 2014

Rabu, Disember 03, 2014
Anak DERHAKA Mengaku "Anak Anjing" Di Penjara 2 Tahun | Semakin ramai pulak kisah anak derhaka pada ibu dan bapa terpampang di media perdana...Dari bayi yang ditatang bagaikan minyak penuh...bila membesar anak tersebut menjadi "duri" kepada keluarga bukan sekadar menyusahkan malah menjadi seorang yang merbahaya dengan mengugut malah menderhaka kepada ibubapanya sendiri. Kemana perginya didikan agama pada jiwa mereka agaknya??

Anak DERHAKA Mengaku "Anak Anjing" Di Penjara 2 Tahun

Seorang penganggur menanggung akibat setelah mengasari dan memaki hamun ibu sendiri, dia dihukum penjara dua tahun oleh mahkamah majistret, di sini, hari ini.

Tertuduh, Mohd Azren Mohd Ramly, 27, mengaku bersalah dengan sengaja memulas tangan dan menedang punggung ibunya, Saudah Yaacob, 52, dalam dua kejadian di sebuah rumah di Taman Bumi Batu 4 Jalan Pengkalan Chepa, pada jam 5 petang, 26 dan 30 November lalu.

Pada pagi itu, mangsa menyuruh anaknya membeli nasi sarapan pagi, tetapi tertuduh meminta lagi duit daripada mangsa.

Mangsa berkata, tiada duit lalu tertuduh merebut duit dan ketika itu tertuduh memulas tangan hingga pengadu kesakitan.

Tertuduh memaki hamun mangsa dengan berkata “ibu beruk” dan “ibu anjing”.

Mangsa terpaksa melepaskan duit di tangannya dan tertuduh mengambilnya lalu terus tidur.

Mangsa yang kesakitan menangis dan mengadu kepada seorang lagi anaknya.

Empat hari sebelumnya, semasa mangsa pulang ke rumah dari membeli barang, tertuduh meminta duit daripada mangsa, tetapi mangsa berkata tiada duit lalu menendang di bahagian punggung mangsa dengan kuat. Tertuduh juga memijak dan memecahkan telur yang baru dibeli mangsa.

Pada prosiding itu, Majistret, Nik Habri Muhamad bertanya tertuduh adakah dia anak kandung mangsa, tertuduh kemudian menjawab, "Ya".

“Jika ibu kamu ibu beruk dan ibu anjing, jadi kamu itu apa?” tanya Nik Habri lagi.

Tertuduh kemudian menjawab, “...anak anjing”.

sumber
http://www.sinarharian.com.my/semasa/kalau-ibu-anjing-saya-anak-anjing-1.338898


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.