Isnin, 22 Disember 2014

Isnin, Disember 22, 2014
Anak Tunggal Maut Jatuh Dari Tingkat 9 | Seorang budak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh dari tingkat sembilan Flat Taman Bukit Angkasa, Pantai Dalam, dalam kejadian petang tadi.

Anak Tunggal Mati Jatuh Dari Tingkat 9

Difahamkan, dalam kejadian jam 4.30 petang itu, mangsa tergelincir selepas memanjat balkoni untuk mengambil seliparnya yang tersangkut.

Difahamkan, mangsa dikenali sebagai Mohd Aiman Danish Razmi meninggal dunia ditempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Nenek mangsa, Siti Mariam Junit berkata, sebelum kejadian, cucunya dikatakan sedang menonton televisyen di rumahnya di tingkat tujuh.

Katanya, Aiman meminta izin untuk keluar bermain bersama kawan-kawannya dan sempat berpesan kepada mangsa supaya berhati-hati.

"Tidak lama kemudian, ada jiran datang memberitahu bahawa cucu saya jatuh sebelum bergegas ke tempat kejadian.

"Terkejut, bagaikan hendak luruh jantung apabila melihat cucu terbujur kaku dalam keadaan berlumuran darah," katanya.


Ketua Polis Brickfields Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah berkata, pasukan forensik yang menjalankan siasatan di tempat kejadian mendapati tiada sebarang unsur jenayah.

"Ketika kejadian ibu mangsa difahamkan tiada di rumah kerana sedang bekerja. Mangsa yang juga anak tunggal, tinggal bersama ibunya. Ibu dan bapanya sudah bercerai," katanya ketika dihubungi.

"Siasatan forensik mendapati tiada unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

“Mayat mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)untuk dibedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/18222


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.