Isnin, 29 Disember 2014

Isnin, Disember 29, 2014
Anggota Polis Putus Tangan Setelah Di Serang 10 Lelaki | Seorang anggota polis putus tangan kanannya selepas diserang kira-kira 10 lelaki menaiki dua kenderaan iaitu sebuah kereta PROTON Wira dan BMW menyerbu sebuah kelab malam di Jalan Changkat Bukit Bintang, awal pagi tadi.

Anggota Polis Putus Tangan Setelah Di Serang 10 Lelaki

Serangan pada jam 2.50 pagi itu dikatakan berpunca daripada perselisihan faham dan dendam alas dendam kerana pada Rabu lalu, seorang lelaki yang menunggang motosikal dilanggar sebuah kenderaan di hadapan premis terbabit.

Akibat kemalangan itu, katanya, berlaku pergaduhan antara dua kumpulan yang turut membabitkan pengawal kelab malam berkenaan sebelum seorang rakan penunggang motosikal terbabit memberi amaran akan datang semula untuk membalas dendam.

Anggota Polis Putus Tangan Setelah Di Serang 10 Lelaki

Kejadian berlaku ketika premis hiburan berkenaan sedang dikemas untuk ditutup apabila mangsa, mangsa, Amir Nok Pon, 27, dikatakan tiba-tiba diserang sekumpulan lelaki bersenjatakan parang dan kayu memasuki pusat terbabit.

Mangsa yang kritikal kini dirawat di Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL).

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajudin Md Isa mengesahkan kejadian itu dan suspek sedang diburu polis.

Katanya, polis sudah melawat lokasi kejadian dan melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) serta merampas beberapa parang milik suspek.

sumber
http://www.bharian.com.my/node/25968



0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.