Khamis, 4 Disember 2014

Khamis, Disember 04, 2014
Anwar Ibrahim Hilang Gelaran Dato Seri | Darjah Kebesaran Seri Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSSA) yang membawa gelaran Datuk Seri yang diberikan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1992 ditarik balik berkuat kuasa 3 November lalu.

Anwar Ibrahim Hilang Gelaran Dato Seri

Perkara itu diumumkan Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, penarikan darjah kebesaran itu adalah berasaskan kepada tindakan dan perlakuan Anwar sejak akhir tahun lalu yang mempersoalkan kewibawaan serta kuasa Sultan Selangor dan Institusi Raja dalam menyelesaikan kemelut pelantikan Menteri Besar Selangor pada tahun ini dan hal yang berkaitan dengan Islam.

Menurutnya, seperti sedia maklum Sultan mempunyai kuasa eksekutif dan sebagai Ketua Agama seperti mana yang termaktub di bawah Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959.

"Tindakan dan perlakuan beliau adalah tidak lagi seorang yang sesuai untuk memegang darjah kebesaran itu," katanya.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/13857


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.