Isnin, 15 Disember 2014

Isnin, Disember 15, 2014
Artis Janda Filem Ngangkung Di Tangkap Khalwat | Seorang artis berstatus janda berusia 33 tahun yang sinonim dengan filem seram Ngangkung ditangkap khalwat oleh sepasukan anggota penguat kuasa selepas dipercayai berkhalwat bersama pasangannya di sebuah kondominium, Ukay Perdana.

Artis Janda Filem Ngangkung Di Tangkap Khalwat

Tangkapan dilakukan dalam satu siri serbuan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 3.23 pagi ini kediaman pelakon itu berdasarkan maklumat orang awam.

Sumber berkata, kedua-dua pasangan berkenaan ditahan selepas gagal menunjukkan sebarang dokumen menunjukkan mereka mempunyai sebarang ikatan mahram.


Difahamkan, pelakon mempunyai tiga anak itu dilaporkan pernah membintangi beberapa filem tetapi cukup sinonim dengan filem seram dan watak hantu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Asisten Komisioner Khairuldin Saad mengesahkan menerima laporan 3.44 pagi dan menyerahkan kes itu kepada JAIS untuk siasatan lanjut.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/16218#sthash.RCnyOAIC.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.