Selasa, 23 Disember 2014

Selasa, Disember 23, 2014
Atlet Lempar Cakera, Mohd Irfan Belasah Rakan Sepelatih | Olahragawan Sukan Malaysia (SUKMA) Perlis 2014 yang juga pemegang rekod kebangsaan acara lempar cakera, Mohd Irfan Shamsuddin didakwa membelasah rakan sepelatih di asrama Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil, Sabtu lalu.

Atlet Lempar Cakera, Mohd Irfan Belasah Rakan Sepelatih

Kejadian dilaporkan berlaku di Blok Casa 2 MSN.

Difahamkan insiden itu tercetus akibat rasa tidak puas hati Irfan yang menganggap Kavee tidak menghormatinya sehingga membawa kepada pergaduhan.

Menurut Kavee, dia sudah membuat laporan polis mengenai kejadian itu.

"Sekarang saya serah sepenuhnya kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.

"Saya tak mahu komen... tunggu sajalah siasatan polis," katanya yang baru saja pulang dari Sukan Universiti Asean (AUG) ke-17 di Palembang.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/18320


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.