Khamis, 11 Disember 2014

Khamis, Disember 11, 2014
Awal Memalukan, Dedah Kelemahan Diri Sendiri - Nabil Ahmad | Isu Awal Asari menyuarakan rasa terkilannya dengan trend sekarang yang banyak memilih pelawak dari pengacara serius menerima pelbagai reaksi.

Awal Memalukan, Dedah Kelemahan Diri Sendiri - Nabil Ahmad

Bagaimanapu, rata-rata selebriti otai seperti AC Mizal dan Aznil Nawawi menganggap sebagai pengacara, mereka perlu sesuaikan diri dengan kehendak masyarakat bukannya tetap seperti diri mereka dahulu.

Namun komen Nabil mungkin lebih pedas apabila mengatakan Awal Asaari mendedahkan kelemahan dan sedikit sebanyak kenyataan itu memalukan dirinya juga.

""Saya tidak berkecil hati dengan kenyataannya itu tetapi secara tidak langsung dia telah menceritakan kelemahannya tanpa sedar.

"Dia sebagai artis senior sepatutnya sudah tahu jalur dan pergerakan industri dan kita perlu berusaha mengubah dan mencorak diri agar dapat selari dengan trend.

"Macam saya dulu hanya tahu melawak, tetapi bagi mengembangkan bakat, saya cuba mengubah diri untuk menjadi pengacara. Saya perlu membuat perubahan itu kerana peminat mahu melihat bakat kita lebih daripada apa yang ada sekarang," ujarnya.

#Masuk kandang kambing ngembekk...masuk kandang rimau takkan nak berkokok...:)

sumber
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2014/12/11/pengacara-perlu-belajar-lawak/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.