Ahad, 28 Disember 2014

Ahad, Disember 28, 2014
Aweera Ibarat Acu Pistol Ke Kepala Sendiri - Edry | Dek kerana permintaan melampau Aweera yang mahu menyanyi bersama kumpulan sendiri jika tampil di AJL29, Edry enggan lagi memberi muka kepada penyanyi tersebut.


"Sewaktu kali pertama dia memberi masaalah di Separuh Akhir, saya ambil keputusan undur diri, tetapi undian tinggi untuk lagu Romancinta dalam carta Muzik-Muzik 2014 membuatkan pihak TV3 tidak membenarkan"

"Menghormati penganjur, akhirnya saya mengalah dan tetap tampil bersama dia di Separuh Akhir. Waktu tu semua perkara membabitkan kami sebelum ini berakhir, dan kami bertindak profesional"

Ingatkan segalanya berjalan lancar, Edry akhirnya rasa dicabar apabila permintaan Aweera terhadap TV3 membuatkan dirinya hilang sabar.

"Saya bukan orang baru dalam industri yang dia mahu perkotak katik seperti budak kecil. Sebelum ini, saya telah banyak bekerjasama dengan nama besar lain dalam industri", jelas Edry.

"Dia tak mahu menyanyi karya saya, ramai lagi yang boleh saya bekerjasama dan mendendangkan lagu saya ini"

Aweera Tak Puas Hati, Anggap Edry KEJAM!

Edry juga menganggap Aweera budak yang tak mengenang budi kerana ketika dia ditimpa masaalah, KRU Music yang banyak membantunya.

"Dia lupa ketika berdepan masaalah hutang, siapa yang bantu dia ketika itu kalau bukan KRU Music. Jangan melampau sangat, ibarat letak pistol atas kepala", tambah Edry dengan nada bengang!

Tambah Edry lagi," Saya tak mahu lagi berdepan dengan orang yang bersikap bermuka-muka. Jalan terbaik ialah gugurkan saja namanya sebagai penyanyi lagu Romancinta".

Segala Tentang: Aweera

sumber
http://www.hmetro.com.my/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.