Selasa, 23 Disember 2014

Selasa, Disember 23, 2014
Aweera Tak Puas Hati, Anggap Edry KEJAM! | Aweera, melabelkan ketua kumpulan Mojo, Edry Abdul Halim sebagai ‘kejam’ kerana menyingkirkannya sebagai penyanyi lagu Romancinta pada Anugerah Juara Lagu ke-29 (AJL29) yang akan berlangsung pada 18 Januari depan.

Aweera Tak Puas Hati, Anggap Edry KEJAM!

Aweera ketika dihubungi berkata, dakwaan Edry bahawa dia mahu menyanyi dengan kumpulan sendiri sebagai syarat untuk bertanding di AJL29 adalah satu penipuan dan tuduhan tidak berasas.

Aweera kini tidak lagi bersama Mojo dan bernaung di bawah syarikat lain. Menurut Aweera, pengumuman Edry untuk menyingkirkannya di sidang media AJL29 di sini, semalam adalah tidak berasas dan tidak mempunyai sebab yang kukuh.

Katanya, cerita sebenar di sebalik kekeliruan itu berpunca apabila dia diarahkan Edry untuk berduet dengan vokalis baru kumpulan itu dari Indonesia pada AJL29 nanti tanpa sebarang perbincangan awal.

Keputusan itu menyebabkan Aweera terkilan dan tidak berpuas hati kerana menganggap ia satu penghinaan untuknya.


Terdahulu, komposer dan ketua kumpulan Mojo, Edry Abdul Halim berkata, keputusan itu dibuat selepas Aweera yang sebelum ini sudah bernaung di bawah syarikat rakaman lain memberikan syarat dia mahu menyanyi bersama kumpulan sendiri dan bukan Mojo.

“Sebagai komposer lagu Romancinta yang dipertandingkan dan anggota kumpulan Mojo sudah tentu saya tidak akan membenarkan perkara itu berlaku dan akhirnya saya membuat keputusan untuk menggugurkan Aweera.

“Pada saya ini saja jalan terbaik, kerana sepanjang rancangan ini berlangsung banyak sangat masalah ditimbulkan Aweera. Tambahan pula saya sudah banyak mengalah, jadi saya membuat keputusan tempatnya akan digantikan penyanyi lain,” katanya ketika ditemui pada sidang media AJL 29, petang tadi.

Menurutnya, dia akan mengumumkan pengganti Aweera sebaik mendapat calon sesuai.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/18209#sthash.cpLwpsJc.dpuf
http://www.hmetro.com.my/node/17967


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.