Sabtu, 6 Disember 2014

Sabtu, Disember 06, 2014
Dakwaan terbaru Rozana mengatakan sijil nikah mereka (Awie dan Rozana) sebagai palsu membuatkan kes mereka dilihat akan terus berpanjangan. Selain mendakwa sijil nikah mereka palsu, Rozana juga telah melakukan laporan polis di Butterworth pada 2 Disember lalu.

Awie & Rozana Bakal Bercerai

Berikutan itu, pihak media menemui Awie untuk penjelasan lanjut,
"Sebenarnya, saya sudah tahu tentang masalah sijil nikah kami sejak kes kami berjalan di mahkamah."

"Saya telah merujuk perkara itu kepada pihak yang berkenaan dan menyerahkannya kepada pihak mahkamah. Tidak mungkin saya buat tidak tahu."

"Jika sedar yang sijil nikah itu palsu, sedangkan kami telah berkahwin selama sembilan tahun dan mempunyai tiga orang anak, mengapa baru sekarang baru isu itu dibangkitkan semula, adakah mahu memalukan saya?"
Selain itu Rozana juga mendakwa, Awie tidak membenarkan dia melawat anak-anak yang kini berada bawah jagaan Awie. Awie menafikan dakwaan Rozana sambil menambah,
"Sudah dinyatakan dalam mahkamah, ibunya dibenarkan melawat sebanyak dua kali sebulan iaitu pada minggu pertama dan ketiga setiap bulan. 

"Saya tidak pernah menghalang dia (Rozana) berbuat demikian. Bagaimanapun, apabila tiba waktu melawat, dia tidak datang dan tidak pernah menghubungi anak-anak.
Dalam pada itu, Awie turut dikatakan pernah berbincang untuk menyelesaikan masalah rumah tangga mereka itu di luar mahkamah kerana kisah rumah tangga hanya menimbulkan aib bukan sahaja pada diri mereka, malah kepada seluruh keluarga dan anak-anak, namun kata Awie, Rozana menolaknya.

Ketika ditanya tentang masa depan rumah tangga bersama Rozana, Awie berkata
"Rasanya kami berdua sudah tidak boleh bersama lagi. Selepas kes selesai di mahkamah, saya tidak mahu dia hadir dalam kehidupan saya lagi."
Rozana Dakwa Sijil Nikah Dengan Awie Palsu!

sumber
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1205&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_02.htm


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.