Rabu, 24 Disember 2014

Rabu, Disember 24, 2014
Banjir: Sepasang Suami Isteri Di Khuatiri Hilang | Sepasang suami isteri dikhuatiri lemas apabila dihanyutkan arus deras selepas bot dinaiki mereka terbalik dalam kejadian di Kampung Geliga Che Akob, di sini, kira-kira jam 1 petang tadi.

Banjir: Sepasang Suami Isteri Di Khuatiri Hilang

Difahamkan, mangsa Suhaimi Awang dan isterinya Norhayati Sulung, kedua-duanya berusia 37 tahun, sebelum itu menaiki bot penyelamat bersama lima yang lain untuk ke pusat pemindahan sementara yang terletak berhampiran kampung berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Che Suza Che Hitam berkata, bot terbabit terperangkap di tengah pusaran air lalu terbalik.


"Kedua-dua mangsa yang terjatuh ke dalam air, hanyut dibawa arus deras, manakala penumpang lain iaitu tiga penduduk dan tiga penyelamat terdiri daripada anggota bomba dapat naik semula ke atas bot.

"Usaha mencari mangsa sedang dijalankan dan sehingga 6.15 petang tadi, mangsa masih belum ditemui," katanya.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/18811#sthash.VnC4bk0J.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.