Ahad, 21 Disember 2014

Ahad, Disember 21, 2014
Banyak Syarikat Enggan Ambil Pekerja Bertudung Di Malaysia? | Malaysia sebuah negara dimana Islam adalah agama rasmi. Tetapi, itu bukan perkara penting bagi majikan yang memberikan syarat (biasanya tiada dalam polisi syarikat) untuk pekerja beragama Islam menanggalkan tudung mereka sebelum diambil bekerja.

Banyak Syarikat Enggan Ambil Pekerja Bertudung Di Malaysia?

Kes terbaru membabitkan yang anak Rosyam Nor jelas mengejutkan syarikat tersebut malah orang ramai. Siasatan telah dilakukan, maka seorang pekerja yang TIDAK BERTAULIAH untuk urusan pengambilan pekerja dibuang. Pelik bukan?

Ok.kita lupakan pasal tu kejap. Apa yang kami ingin pamerkan disini ialah, rentetan dari status Twitter Rosyam Nor itu ramai juga yang dilihat mengadu di wall Rosyam perihal gadis/wanita bertudung yang TIDAK AKAN DIAMBIL BEKERJA oleh sesetengah syarikat.

Kalau syarikat cap ayam tak le kisah sangat....tetapi syarikat besar ternama dan hotel pun dilihat tak ketinggalan dalam memilih pekerja tak bertudung nih!!!....Jom lihat paparan dibawah...

Syarikat Enggan Ambil Pekerja Bertudung Di Malaysia?
Syarikat Enggan Ambil Pekerja Bertudung Di Malaysia?
Syarikat Enggan Ambil Pekerja Bertudung Di Malaysia?

Malah satu komen mengatakan, "bukan sekarang je, empat tahun lepas saya mintak keje, boss die cakap kalau i bagi u keje u kena bukak tudung u."

Apapun, terdapat juga peminat memberikan komen yang bukan semua syarikat mengamalkan perkara tersebut, bahkan katanya ada pekerja Islam yang tak bertudung pun disuruhnya bertudung....Haa...yang ni Alhamdulillah...

Banyak Syarikat Enggan Ambil Pekerja Bertudung Di Malaysia?

Rosyam Nor Maafkan Hamleys

#Kalau dulu perkara ni mungkin tak jadi heboh seperti sekarang....tapi la ni memang cepat je tersebar...

sumber
https://twitter.com/iamrosyam


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.