Rabu, 3 Disember 2014

Rabu, Disember 03, 2014
Bekas Agen Lapor Di Tipu Syarikat Pelaburan Emas? | Menerusi laporan akhbar Sinar, seorang kakitangan kerajaan hanya mampu gigit jari kerana tidak sempat merasa wang pulangan pelaburan emas berjumlah RM70,000, selepas sebuah syarikat berpengkalan di Selangor selain enggan membayar hasil pelaburannya.

Bekas Agen Lapor Di Tipu Syarikat Pelaburan Emas?
Alang, yang mendakwa ditipu..
Lelaki berusia 31 tahun yang mahu dikenali sebagai Alang, mendakwa ditipu hingga menyebabkan dia mengalami kerugian RM6,980 selepas tiga kali membuat bayaran atas tiga jenis pelan ditawarkan syarikat terbabit sejak 6 November lalu.

Alang yang menetap di Pulau Gadong berkata, lebih menyedihkan dan membimbangkan apabila diugut pemilik syarikat berstatus enterprise itu, sekiranya dia membuat laporan polis.

Menurut Alang, yang pernah melabur sebanyak lima kali sejak September lalu, dia menemui iklan tawaran pelaburan emas oleh ejen syarikat terbabit di dalam sebuah laman sosial pada 24 September lalu sebelum membuat bayaran RM180 pada hari sama.

"Saya hanya sempat berurusan sekali dengan ejen dan kemudian berurusan secara terus dengan seorang lelaki dipercayai pemilik syarikat berkenaan secara atas talian melalui Facebook dan  Whatsapp selain SMS.

“Dua pelaburan awal berjumlah RM4,680 dilakukan sehingga 3 Oktober lalu dan saya terima pulangannya seperti  dijanjikan pada tarikh ditetapkan, namun tidak pada pelaburan yang ketiga pada 18 November bernilai RM14,000,” katanya semalam.

Alang membuat bayaran kali ketiga pada 6 Oktober berjumlah RM3,800 sebelum keesokan harinya melabur kali keempat kira-kira RM3,000 dan kelima pada 19 Oktober lepas sebanyak RM180 namun hanya menyedari ditipu apabila tidak menerima bayaran sepatutnya pada 18 November.

“Saya tidak menerima bayaran pulangan pada 18 November lalu seperti yang dijanjikan selepas mendebitkan RM4,500 menerusi bayaran secara atas talian sedangkan saya ada beberapa kali mengingatkan pihak pengurusan mengenai ‘payout’ sebelum tarikh tersebut lagi.

“Disebabkan tiada respons saya kemudian bertindak menghantar Whatsapp secara personal kepada seorang wanita dipercayai menguruskan pembayaran kepada pelabur namun saya dikejutkan dengan mesejnya ‘Saya tiada urusan dengan kamu lagi, tolong jangan ganggu saya’ pada 15 November lalu,” katanya.

Menurutnya, dia terus menghubungi pemilik syarikat pelaburan emas itu secara personel melalui pelbagai medium atas talian selain membuat panggilan sejak 26 November lalu namun hanya menerima mesej berbaur ancaman dan kata kesat tiga hari kemudian.

“Saya ada menghantar mesej saya akan membuat laporan polis sekiranya dia dan syarikat berdiam tidak membantu menyelesaikan isu yang timbul.

“Akhirnya pada jam 11.17 malam, 29 November lalu dia balas mesej saya di Facebook menyatakan enggan membayar pulangan pelaburan selain mengugut pelabur-pelabur lain tidak juga akan menerima bayaran sekiranya hal ini diketahui umum,” katanya.

Artikel Tentang EMAS

Alang berkata, melalui mesej tersebut juga, lelaki tersebut mengugut akan memburuk-burukkan nama saya kepada pelabur lain kerana dia dikatakan telah merosakkan nama baik syarikat berkenaan.

“Saya nekad membuat laporan polis untuk menuntut hak saya selain kerana saya tidak mahu orang lain menjadi mangsa. Kalau mereka boleh buat kepada saya, tidak mustahil mereka boleh lakukan kepada orang lain.

“Kejadian ini menjadi pengajaran kepada saya dan diharapkan dapat dijadikan iktibar kepada orang lain. Jadi saya nasihatkan supaya berhati-hati dengan pelaburan emas dan semua jenis perniagaan atas talian,” katanya yang sudah membuat laporan di Balai Polis Tanjung Minyak, sekitar jam 6,00 petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah ketika dihubungi mengesahkan polis menerima laporan daripada mangsa.

Bekas Agen Lapor Di Tipu Syarikat Pelaburan Emas?

Namun menerusi kenyataan balas di komen FB, ramai pula mengatakan lelaki tersebut yang asalnya agen (tetapi tidak pernah memberitahu kepada ahlinya sebenarnya dialah yang bermasaalah)

Zam Ani
"Awak jg adalah salah seorang agen,masa jd agen bukan main lagi tp sekarang kenapa jd mcm ni plak...setelah syarat awak dh persetujui lepas tu awak nk banned pulak...dh byk komisen yg awak dh makan selepas tu nk lepas tangan n biarkn ahli2 awak,nasib baik ada agen2 yg ambil alih ahli awak...kenapa wak seorang je yg ada masalah sedangkn yg lain ok sahaja...awak kata x dapat pulangan tp berapa byk komisen yg awak dh makan...fikir2kn..."

"Ada x awak bgtahu semua yg awak jg adalah agen...x de kn n ada x ckp berapa byk komisen yg awak dh makan...x de kn...ada x awak bgtaw syarat2 klu nk tarik diri dari jadi agen...x de kn,awak keluar mcm tu sahaja dan biarkn ahli awak tanpa bertuan...so fikir2kn yg terbaik..."

Scha Ila
Tiada Langsung Menipuan seperti yg di nyatakan...
si pengadu ni yg bermasalah... berhenti menjadi agen secara tiba2. ahli nya terkapai2 tidak bertuan, klu MWe menipu boleh Tanya ahli yg die tinggalkan tu dapat atau tidak hasilnya... Cakap x serupa bikin...

Rumput Hijau 
Betul2..sy pun j0in mwe nie..org yg wat report nie bermsalah...huhuu

Noraisah Nazlim
setuju sgt ramai yang join mwe ni xda masalah pape pon..po dikeluarkan selalu awal..klo da bermasalah tu payah la kesian dengan ahli yg ditinggalkan...

Hafiz Love Islam
Dia seorang je bermasalah, yg lain xde masalah, beribu kot ahli mwe.
Mana ada tipu, dia yang bermasalah, orang lain dapat hasil macam biasa, dah gatal jadi agen pastu nak cabut...

Muhamad Azieman Azieman 
Jgm slhkn pemilik tu jika anda sendiri pun bermasalah dlm isu ini...anda jugak agen dlm situasi ini

Fatin Comel
Bagi saya lah kan..xada pun unsur penipuan..kalu setakat dia sorg jer buat report..nampk sgt yg dia bermasalah..yg lain oke jer..kalu nak kata syarikat tipu..kenapa dia sorg jer yg mengadu..xbaik fitnah org..nnt nak masuk syurga susah..fkr2 kan yer..sekrg kalu apa2 Allah bagi cash jer..xada tggu akhirat nnt..

Maya Sri Buat
Nampak tak permainannya sbb tutup muka?? Agen tu atau pelabur tu?

Sally Sal
Kenapa tutup muka...? Org dah kenal dlm fb lew.. Ok bhaii...

Apapun kita berikan ruang kepada pihak polis untuk membuat siasatan....pasti yang bersalah akan tetap terima hukuman....terlepas didunia, akhirat tetap ada....


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.