Jumaat, 26 Disember 2014

Jumaat, Disember 26, 2014
Bomba Hantar Bantuan Di Manik Urai | Operasi bantuan oleh pasukan Bomba dan Penyelamat ke atas penduduk yang terperangkap di Manek Urai, Kelantan akan dihantar malam ini (semalam 25 disember 2014).

Bomba Hantar Bantuan Di Manik Urai

Naib Presiden Pas, Husam Musa berkata, sekiranya keadaan cuaca tidak mengizinkan, operasi tersebut akan ditangguhkan ke esok pagi.

“Saya baru selesai melawat bilik gerakan banjir di bandar negeri Kelantan. Paras air di sungai utama di seluruh Kelantan menunjukkan peningkatan ketara. Ini menunjukkan peningkatan tahap kritikal di beberapa jajahan seperti Kuala Krai yang sudah sedia teruk. Namun begitu hujan pada waktu ini telah berhenti di seluruh negeri.

“Pihak bomba cuba menghantar bantuan pada malam ini juga dan pihak tentera akan menghantar bantuan pada esok pagi kepada penduduk yang terperangkap di atas sebuah bukit di Manek Urai," katanya.

Bomba Hantar Bantuan Di Manik Urai

Difahamkan, operasi bantuan tersebut merupakan percubaan kali ketiga oleh pihak tentera dalam menghulur dan menyampaikan bantuan terhadap mangsa di kawasan itu.

“Pihak Majlis Keselamatan Negara harus menggerakkan lebih banyak jentera dan tenaga bantuan di kawasan kritikal, kemudahan perhubungan utama antara kelantan dan negeri lain telah terputus,” katanya lagi menerusi satu kenyataan.

Update: Sekitar jam 10.00 malam team TUDM menerusi helikopter dan team BOMBA diberitakan telah berjaya memindahkan sebilangan pesakit di Hospital Kuala Krai terutamanya bayi yang baru lahir ke tempat yang lebih selamat. Juga bantuan diesel untuk generator membekalkan tenaga elektrik di hospital tersebut. Doakan supaya team penyelamat kita berjaya membantu/menyelamat kesemua mangsa yang terlibat dengan banjir besar ini.

sumber
http://www.sinarharian.com.my/semasa/bomba-nekad-hantar-bantuan-malam-ini-1.344734


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.