Isnin, 29 Disember 2014

Isnin, Disember 29, 2014
Bomoh Belitung Dakwa Mampu Kesan Pesawat AirAsia | Pengamal ilmu ghaib atau bomoh di sana bersedia untuk membabitkan diri didalam pencarian pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang hilang hubungan dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura pada pagi Ahad.

Bomoh Belitung Dakwa Mampu Kesan Pesawat AirAsia

Selain itu, mereka juga mendakwa sudah membuat pemantauan secara ghaib dan mendapati bangkai pesawat berada di perairan timur Pulau Nangka, Kabupaten Belitung Timur.

Menurut laporan yang dipetik daripada Tempo.co, Ketua dukun dan Adat Belitung Mukhti Maarif masih menunggu permintaan rasmi daripada Kerajaan Indonesia.

"“Perlu ada permintaan rasmi untuk menghindari persepsi negetif ke atas kami," katanya ketika dihubungi Tempo.co.

Menurut Mukhti sehingga kini mereka belum dihubungi oleh mana-mana pihak untuk turut serta membantu proses pencarian dan menyelamat Airasia QZ8501.

"Sampai saat ini, kami belum dibabitkan, sedangkan kami bersedia membantu,”katanya.

Mukhti mengatakan pencarian secara ghaib mungkin belum dianggap sebagai penyelesaian yang tepat untuk membantu menemukan pesawat itu.

"Hasil pemantauan kami adalah pesawat berada di perairan timur Pulau Nangka, Kabupaten Belitung Timur.

"Pesawat itu terhempas kerana adanya kerosakan enjin,"dakwa Mukhti. Tambah Mukhti, upacara ritual khusus perlu diadakan.

"Kita siap membantu bersama-sama dengan pihak yang menggunakan teknologi canggih. Insya Allah posisi pesawat diketahui. Memang wilayah Belitung, baik darat, laut maupun udara, dipenuhi hal ghaib,"katanya.


sumber
http://www.hmetro.com.my/node/19882#sthash.dy5UK2Ai.dpuf
http://www.tempo.co/read/news/2014/12/29/058631611/Dukun-Belitung-Siap-Dilibatkan-Cari-AirAsia-QZ8501


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.