Rabu, 3 Disember 2014

Rabu, Disember 03, 2014
Budak 2 Tahun Maut Di Hempap TV | Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun maut akibat dihempap televisyen 29 inci di rumahnya di Kampung Batu 7, Changkat Jong, di Teluk Intan, lewat malam tadi.

Budak 2 Tahun Maut Di Hempap TV

Dalam kejadian 11.15 malam itu, mangsa, Siti Norain Maisarah Romly mengalami perdarahan di mulut dan hidung selepas dihempap televisyen berkenaan dan dikejarkan ke Hospital Teluk Intan (HTI), namun disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan.

Difahamkan kejadian berpunca daripada dua ekor kucing yang bergaduh hingga menyebabkan televisyen yang terletak diatas rak jatuh menimpa mangsa.

Mayat mangsa dibedah siasat di HTI pada 2 petang ini dan keluarga mangsa masih berada di hospital bagi menuntut jenazah.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/13690


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.