Rabu, 31 Disember 2014

Rabu, Disember 31, 2014
Budak Putus Jari, Pengecas Bateri Helikopter Meletup | Seorang murid tahun tiga Sekolah Kebangsaan Iskandar Perdana putus jari kelengkeng apabila pengecas bateri helikopter mainannya meletup, di rumahnya di Bandar Universiti, pagi tadi.

Budak Putus Jari, Pengecas Bateri Helikopter Meletup

Mangsa, Indra Adam Mohd Azlim, 9, dikatakan bersama dua adiknya masing-masing berusia 5 tahun dan 18 bulan dalam bilik tempat bateri berkenaan dicas, sementara ibu mereka memasak di dapur.

Datuk mangsa, Ishak Dollah, 62, berkata, ketika kejadian terdengar letupan dari bilik berkenaan dan menyebabkan tangan mangsa berdarah.

Bagaimanapun, menurutnya, dua lagi cucunya tidak mengalami sebarang kecederaan dan bersyukur kerana tiada kejadian lebih buruk berlaku.

"Saya yakin letupan disebabkan caj elektrik sebab hanya ada barang mainan itu dalam bilik. Dia memang suka main helikopter yang dibelikan ayahnya.

"Lagipun, mereka baru pindah ke Seri Iskandar dua minggu lalu dan sekarang ayahnya di Sarawak bekerja," katanya.

Difahamkan, mangsa yang parah dikejarkan ke Hospital Changkat Melintang sebelum dirujuk ke Hospital manjung untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Fakri Che Sulaiman mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan siasatan mengenainya dijalankan.

sumber
http://www.sinarharian.com.my/semasa/pengecas-bateri-meletup-budak-putus-jari-1.346106


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.