Rabu, 17 Disember 2014

Rabu, Disember 17, 2014
Buli Jalan Raya: Myvi Vs Fortuner Kerajaan | Satu lagi gambar kes buli jalan raya mulai tersebar di media sosial.

Buli Jalan Raya: Myvi Vs Fortuner Kerajaan

Kali ini, kejadian buli itu melibatkan sebuah kereta Perodua Myvi dan juga sebuah Hilux yang dimiliki oleh Unit Vektor Jabatan Kesihatan Daerah Ulu Langat. Dipercayai, lelaki pemandu Myvi bertindak memecahkan cermin kereta Fortuner yang terlibat dengan menggunakan stereng lock.

Terdapat tiga gambar yang diselitkan bersama dakwaan ini. Gambar diatas menunjukkan pemilik Myvi yang terlibat keluar dari kenderaannya sambil membawa 'stereng lock'.

Gambar kedua dan ketiga pula memaparkan kereta Fortuner milik Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat yang sudah dipecahkan cermin sebelah kanan.

Buli Jalan Raya: Myvi Vs Fortuner Kerajaan

Pihak Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat telah mengesahkan kejadian ketika dihubungi. Menurut pihak terbabit, kejadian berlaku pada semalam (16 Disember) dan laporan polis telah pun dibuat.

Namun pihak tersebut enggan mengulas lanjut tentang kejadian tersebut.

sumber
http://www.siakapkeli.com.my/2014/12/lagi-kes-buli-jalan-raya-myvi-vs-hilux.html


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.