Sabtu, 6 Disember 2014

Sabtu, Disember 06, 2014
CEO MAS: Orang Malaysia BODOH - Tun M | "Orang Malaysia ini bodoh, tidak tahu hendak uruskan syarikat penerbangan, sebab itu MAS (Malaysia Airline System Berhad) rugi," demikian kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed.

CEO MAS: Orang Malaysia BODOH - Tun M

Demikian reaksi balas bekas pemimpin negara itu apabila diajukan tentang keputusan Khazanah Nasional Berhad yang melantik Chrisoph R Mueller sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAS, berkuat kuasa 1 Januari depan.

Beliau berkata lagi tidak hairan jika 'orang luar' diberikan kepercayaan untuk menguruskan dan memulihkan semula syarikat penerbangan negara itu.

"Bila sudah rugi, orang yang buat (MAS) rugi itu sekarang ini nak buat baik balik, oklah," katanya lagi.

CEO MAS: Orang Malaysia BODOH - Tun M

Mueller, ketika ini merupakan CEO Aer Lingus Plc, syarikat penerbangan nasional Ireland, juga dicalonkan menyertai Lembaga Pengarah MAS.

Tun M berkata demikian ketika hadir di majlis anugerah Proton Car Design Competition 2014 di Solaris Publika tengah hari tadi.

sumber
http://www.sinarharian.com.my/nasional/ceo-mas-orang-malaysia-bodoh-kata-tun-m-1.339657


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.