Sabtu, 27 Disember 2014

Sabtu, Disember 27, 2014
Chef Riz Akui Shikin Maembong Kini Hamil 2 Minggu | Cef Riz meluahkan rasa syukur apabila isterinya, Shikin Maembong, 31, kini sedang mengandung dua minggu selepas bernikah pada 5 Disember lalu.

Chef Riz Akui Shikin Maembong Kini Hamil 2 Minggu

Chef Riz  menyifatkan ia sebagai satu rezeki besar buat keluarganya kerana dia tidak menyangka isterinya hamil dalam masa terdekat.

"Pada minggu lalu, Shikin sering tidak sihat, lemah dan kerap muntah. Hati saya terdetik juga adakah dia mungkin mengandung. Apabila membuat pemeriksaan di klinik, doktor mengesahkan dia mengandung.

"Memang kami rancang mahukan anak dengan segera tetapi tak sangka pula seawal ini. Segan juga nak kongsi kepada umum, maklumlah perkahwinan kami masih baru lagi. Apa-apapun, ini rezeki yang diberi oleh Allah. Alhamdulillah, syukur," katanya.

Tambah Chef Riz, berita gembira itu membuatkan dia lebih bersemangat untuk bekerja bagi membuat persiapan kelahiran anak sulungnya nanti.

Anak kepada Datuk Chef Wan itu turut berharap kandungan tersebut adalah anak lelaki, namun tidak kisah sekiranya dikurniakan anak perempuan.

15 Gambar: Chef Riz & Shikin Maembong Selamat Bergelar Suami Isteri

Sementara itu, Chef Riz berkata, sejak mendirikan rumah tangga pada 5 Disember lalu di Bora Ombak, Ampang, dekat sini, dia dapat merasakan perubahan dalam kehidupannya yang semakin terurus.

"Alhamdulillah, daripada segi jadual kerja, makan dan pakai semuanya isteri yang uruskan dan ia membuatkan susun atur aktiviti  harian saya lebih mudah.

"Memandangkan kami menjalani perniagaan bersama, maka agak susahlah nak berenggang. Rasa seronok dan apatah lagi berita gembira mengenai kehamilan Shikin membuatkan hidup kami lebih bermakna," tuturnya.

Shikin merupakan anak kepada pelukis terkenal tanah air, Ismail Embong dan kakak kepada aktres Emma Maembong.

sumber
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2014/12/27/isteri-chef-riz-hamil/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.