Khamis, 11 Disember 2014

Khamis, Disember 11, 2014
Cucu 10 Tahun Dalang CURI Kereta Nenek! | Kecik-kecik cili padi...tapi mungkin tidak pada budak 10 tahun yang juga cucu kepada seorang nenek ini...

Cucu 10 Tahun Dalang CURI Kereta Nenek!

Seorang warga emas berusia 60 tahun tidak menyangka cucunya yang berusia 10 tahun adalah dalang kepada kehilangan keretanya sehinggalah kanak-kanak itu ditahan polis, 4 pagi kelmarin.

 Kanak-kanak lelaki itu ditahan di rumahnya di Taman Seri Wangi, Hutan Pasir, Kota Baharu.

Turut ditahan rakannya berusia 23 tahun yang dipercayai perancang kegiatan curi itu.

Wanita itu berkata, kereta Perodua Kancil miliknya hilang pada 20 November lalu ketika diletakkan di pekarangan rumah, namun dia langsung tidak menyangka ia angkara cucunya.

"Saya tak tahu langsung, dia juga tidak memaklumkan apa-apa kepada saya sepanjang kehilangan kereta itu hingga ia dijumpai polis di Taman Uda Pengkalan Chepa 30 November lalu dengan bateri, radio dan pembesar suara yang hilang.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/15299#sthash.24q1Kifr.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.