Khamis, 4 Disember 2014

Khamis, Disember 04, 2014
Datuk Bandar London Alami Detik Cemas Dalam Pesawat MAS | Datuk Bandar London Boris Johnson berdepan detik cemas di udara apabila bersemuka dengan seorang penumpang yang bertindak ganas dan mengeluarkan kata-kata kesat di dalam pesawat.

Datuk Bandar London Alami Detik Cemas Dalam Pesawat MAS
Gambar di rakam Eileen Burbidge
Johnson menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH2 dari Kuala Lumpur ke London selepas berakhirnya lawatan rasmi beliau ke Asia Tenggara.

Menurut laporan The Daily Mail, penumpang berkenaan seakan ‘hilang akal’ sebelum dia dihalang oleh anak-anak kapal.

Datuk Bandar London Alami Detik Cemas Dalam Pesawat MAS

“Datuk Bandar bersama-sama dengan beberapa penumpang lain dan krew kabin telah membuat beberapa percubaan untuk menenangkan lelaki berkenaan tetapi tidak berjaya,” kata seorang jurucakap Johnson.

Nama penumpang berkenaan tidak didedahkan, namun dilaporkan berusia 43 tahun dari Britain.


Penumpang berkenaan dipercayai dalam keadaan mabuk dan ditangkap ketika pesawat mendarat di lapangan terbang Heathrow.

Akhbar itu turut melaporkan bahawa penumpang itu ditahan di sebuah balai polis di London.

Datuk Bandar London Alami Detik Cemas Dalam Pesawat MAS

Sementara itu, duta teknikal Eileen Burbidge memuat naik gambar situasi berkenaan dan memuji kru MAS yang bertindak dengan pantas.

Johnson berada di Kuala Lumpur, Singapura dan Jakarta untuk lawatan rasmi ke Asia Tenggara.

Datuk Bandar London Alami Detik Cemas Dalam Pesawat MAS

sumber
http://www.astroawani.com/news/show/datuk-bandar-london-alami-detik-cemas-dalam-pesawat-mas-49692
http://www.dailymail.co.uk/news/article-2858977/Boris-caught-mid-air-drama-head-passenger-restrained-scuffle-flight-Kuala-Lumpur.html


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.