Selasa, 23 Disember 2014

Selasa, Disember 23, 2014
Doktor Di Hukum, Selfie Dalam Dewan Bedah | Beberapa orang doktor di daerah Shaanxi dihukum selepas mengambil gambar selfie berkumpulan di samping seorang pesakit di dewan bedah.

Doktor Di Hukum, Selfie Dalam Dewan Bedah

Tiga doktor didalam gambar tersebut dihukum manakala beberapa doktor lain diberikan amaran, menurut Jabatan Kesihatan di Xi'an.

Gambar berkenaan, yang tersebar menerusi aplikasi popular WeChat, mengundang kemarahan orang ramai.

Kebanyakan orang ramai mempersoalkan sikap dan etika doktor-doktor berkenaan.

Gambar tersebut yang menunjukkan doktor-doktor berkenaan beraksi di samping seorang pesakit yang tidak sedarkan diri di dewan bedah selepas pembedahan yang berjaya dijalankan.

Menurut Xinhua, gambar tersebut yang bertarikh 15 Ogos diambil sebagai kenang-kenangan selepas pembedahan di sebuah dewan bedah lama.

sumber
http://www.sinarharian.com.my/global/doktor-dihukum-kerana-selfie-di-dewan-bedah-1.343908


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.