Ahad, 21 Disember 2014

Ahad, Disember 21, 2014
Emma Maembong Nafi Putus Cinta Dengan Zizan Razak | Kat Metro citer ni kuar, kat Metro juga Emma buat penafian yang cintanya dengan Zizan dah putus dan dia bercinta pula dengan Kamal Adli...hurmmm...

Emma Maembong Nafi Putus Cinta Dengan Zizan Razak

Emma Maembong menafikan dia sudah berpisah dengan Zizan Razak dan menegaskan yang dia tiada sebarang hubungan cinta langsung dengan pelakon Kamal Adli.

Emma berkata, beberapa hari lalu Zizan bersama Kamal dan adiknya, Chacha terbabit dalam projek kelolaan bapanya yang juga pelukis terkenal Ismail Embong.

Katanya, dia turut menemani Zizan dan sangat terkejut apabila gosip itu timbul.

“Kami (dengan Kamal) tak rapat meskipun pernah berlakon bersama. Habis kerja kami tak pernah berhubung, jadi macamana boleh timbul kami bercinta dan dia dikatakan menjemput saya di lapangan terbang. Ini semua mengarut,” katanya ketika dihubungi petang tadi bagi mengulas gosipnya itu.

Emma tidak menafikan ada pihak yang kurang senang dengan dia dan Zizan sehingga menyebarkan cerita palsu kepada media dengan tujuan menjatuhkan nama mereka.


“Kami tak takut kerana berada di pihak yang benar. Cuma saya kecewa apabila perkara ini mengundang rasa kurang senang keluarga dan ramai rakan juga tak putus-putus bertanya.

“Perkara ini juga secara tidak langsung mengundang tanggapan negatif masyarakat terhadap saya,” katanya.

#Fuhhh....lega da Zizang ngan Kamal Adli bila Emma bagi penjelasan nih...

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/17962#sthash.q4Uma9mU.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.